(copy paste )
Plz take note.. JANGAN SESUKA HATI ambil hasil karya di sini.
Pada
21.11.2014, anakguam kami telah memperolehi penghakiman yang
membenarkan tuntutan beliau untuk perlanggaran hakcipta. Karya seni
fotografi anakguam kami t
elah
dikeluarkan semula secara salah oleh sebuah syarikat dalam bentuk
risalah dan telah diedarkan kepada orang awam, tanpa pengetahuan dan
persetujuan beliau.
Isu
hakcipta ini telah dibincangkan dengan meluas semenjak beberapa tahun
kebelakangan ini tetapi masih tidak ramai yang sedar akan apakah
jenis-jenis karya yang boleh dilindungi, apakah yang membentuk
perlanggaran serta remedi-remedi yang boleh dituntut. Oleh itu, kami
berhasrat untuk menyampaikan pengetahuan-pengetahuan asas berhubung
perlindungan dan perlanggaran hakcipta dengan harapan untuk menyebarkan
kesedaran kepada umum.
Pelbagai karya boleh dijadikan hakcipta
seperti karya sastera, karya muzik, karya seni, filem, rakaman bunyi dan
siaran. Karya-karya tersebut boleh dilindungi tidak kiralah tahap
kualiti dan tujuan ia dihasilkan.
Perlanggaran karya yang paling
kerap berlaku adalah karya sastera dan karya seni. Karya sastera adalah
termasuk penulisan seperti novel, koreografi, skrip, biografi,
karangan, artikel, ucapan khutbah dan program computer. Karya seni pula
adalah termasuk grafik, fotografi, seni bina dan pertukangan.
Hakcipta tidak perlu berdaftar, tidak seperti tanda dagangan dan seni
reka perindustrian. Anda hanya perlu memenuhi syarat-syarat berikut:
(a) anda telah melakukan usaha yang mencukupi untuk menjadikan karya itu bersifat asli; dan
(b) anda telah menulis, merekod atau menjadikan karya tersebut dalam bentuk bahan.
Apakah yang dikatakan perlanggaran hakcipta seseorang? Perlanggaran
boleh berbentuk pengeluaran semula dalam apa-apa bentuk bahan,
penyampaian kepada orang awam, pertunjukan, tayangan atau permainan
kepada awam, pengedaran salinan kepada orang awam melalui penjualan atau
pemunyaan secara lain, dan penyewaan secara komersial kepada orang
awam.
Tindakan perlanggaran boleh mengelirukan orang awam
tentang penulis atau pemilik asal karya-karya tersebut dan selalunya
dilakukan tanpa pengetahuan dan persetujuan penulis atau pemilik asal.
Sungguhpun demikian, kadang-kadang tindakan perlanggaran tersebut
mungkin tidak disengajakan dan telah dilakukan secara cuai. Kejahilan
undang-undang dan kecuaian masih boleh diambil tindakan undang-undang.
Sekiranya anda dapat tahu akan sebarang perlanggaran hasil-hasil karya
anda, anda boleh mengeluarkan tuntutan terhadap pelanggar tersebut agar
mereka berhenti daripada berterusan melalukan tindakan perlanggaran
tersebut. Sekiranya pelanggar tersebut ingkar, maka anda berhak untuk
membawa tindakan mahkamah bagi perlanggaran hakcipta dan menuntut
gantirugi. Selain daripada gantirugi am yang lazim, mahkamah boleh
memberikan gantirugi teladan dan gantirugi teruk bergantung kepada
keseriusan isu tersebut dan sikap pelanggar.
Sekarang ini
semakin sukar untuk mengelakkan perlanggaran hakcipta daripada berlaku
kerana teknologi seperti internet dan media sosial. Oleh itu, bagi
karya-karya seperti sastera dan seni, kami nasihatkan anda untuk
memastikan yang bukti-bukti serta rekod pemilikan anda disimpan sebanyak
mungkin kerana ia boleh digunakan sebagai bukti untuk menguatkan
tuntutan anda jika timbulnya keperluan untuk menyaman.
Sila berhubung dengan kami sekiranya anda terdapat sebarang pertanyaan. Kami sentiasa bersedia untuk membantu anda.