Thursday, November 12, 2015

Sunday, November 1, 2015

Sunday, August 16, 2015

Wednesday, July 22, 2015

Monday, March 30, 2015

HakCipta Terpelihara (semua hasil karya dalam blog ni)

(copy paste )
 Plz take note.. JANGAN SESUKA HATI ambil hasil karya di sini.


Pada 21.11.2014, anakguam kami telah memperolehi penghakiman yang membenarkan tuntutan beliau untuk perlanggaran hakcipta. Karya seni fotografi anakguam kami telah dikeluarkan semula secara salah oleh sebuah syarikat dalam bentuk risalah dan telah diedarkan kepada orang awam, tanpa pengetahuan dan persetujuan beliau.
Isu hakcipta ini telah dibincangkan dengan meluas semenjak beberapa tahun kebelakangan ini tetapi masih tidak ramai yang sedar akan apakah jenis-jenis karya yang boleh dilindungi, apakah yang membentuk perlanggaran serta remedi-remedi yang boleh dituntut. Oleh itu, kami berhasrat untuk menyampaikan pengetahuan-pengetahuan asas berhubung perlindungan dan perlanggaran hakcipta dengan harapan untuk menyebarkan kesedaran kepada umum.
Pelbagai karya boleh dijadikan hakcipta seperti karya sastera, karya muzik, karya seni, filem, rakaman bunyi dan siaran. Karya-karya tersebut boleh dilindungi tidak kiralah tahap kualiti dan tujuan ia dihasilkan.
Perlanggaran karya yang paling kerap berlaku adalah karya sastera dan karya seni. Karya sastera adalah termasuk penulisan seperti novel, koreografi, skrip, biografi, karangan, artikel, ucapan khutbah dan program computer. Karya seni pula adalah termasuk grafik, fotografi, seni bina dan pertukangan.
Hakcipta tidak perlu berdaftar, tidak seperti tanda dagangan dan seni reka perindustrian. Anda hanya perlu memenuhi syarat-syarat berikut:
(a) anda telah melakukan usaha yang mencukupi untuk menjadikan karya itu bersifat asli; dan
(b) anda telah menulis, merekod atau menjadikan karya tersebut dalam bentuk bahan.
Apakah yang dikatakan perlanggaran hakcipta seseorang? Perlanggaran boleh berbentuk pengeluaran semula dalam apa-apa bentuk bahan, penyampaian kepada orang awam, pertunjukan, tayangan atau permainan kepada awam, pengedaran salinan kepada orang awam melalui penjualan atau pemunyaan secara lain, dan penyewaan secara komersial kepada orang awam.
Tindakan perlanggaran boleh mengelirukan orang awam tentang penulis atau pemilik asal karya-karya tersebut dan selalunya dilakukan tanpa pengetahuan dan persetujuan penulis atau pemilik asal. Sungguhpun demikian, kadang-kadang tindakan perlanggaran tersebut mungkin tidak disengajakan dan telah dilakukan secara cuai. Kejahilan undang-undang dan kecuaian masih boleh diambil tindakan undang-undang.
Sekiranya anda dapat tahu akan sebarang perlanggaran hasil-hasil karya anda, anda boleh mengeluarkan tuntutan terhadap pelanggar tersebut agar mereka berhenti daripada berterusan melalukan tindakan perlanggaran tersebut. Sekiranya pelanggar tersebut ingkar, maka anda berhak untuk membawa tindakan mahkamah bagi perlanggaran hakcipta dan menuntut gantirugi. Selain daripada gantirugi am yang lazim, mahkamah boleh memberikan gantirugi teladan dan gantirugi teruk bergantung kepada keseriusan isu tersebut dan sikap pelanggar.
Sekarang ini semakin sukar untuk mengelakkan perlanggaran hakcipta daripada berlaku kerana teknologi seperti internet dan media sosial. Oleh itu, bagi karya-karya seperti sastera dan seni, kami nasihatkan anda untuk memastikan yang bukti-bukti serta rekod pemilikan anda disimpan sebanyak mungkin kerana ia boleh digunakan sebagai bukti untuk menguatkan tuntutan anda jika timbulnya keperluan untuk menyaman.
Sila berhubung dengan kami sekiranya anda terdapat sebarang pertanyaan. Kami sentiasa bersedia untuk membantu anda.

Monday, March 23, 2015

mekap photoshoot nerrisa 210315 thewhitehouse studio

mekap dinner scha 200315 damansara

mekap photoshoot realhijab 170315 snappix studio

mekap photoshoot fiinaracouture 200315 serindit studio

kelas mekap personal maryam 190315 damansara

mekap photoshoot vitamincserum 170315 thewhitehouse studio



mekap photoshoot mywishwardrobe 160315 fj studio

mekap photoshoot ibtihaj 150315 snappix studio



mekap sanding eyka 150315 bukit beruntung

mekap bertandang mimiey 140315 kluang johor



kelas mekap personal fida 130315 rawang

mekap photoshoot cyrusAmieraHijab 100315 fj studio

kelas mekap grouping 080315 puncak alam







mekap bertandang hayati 080315 klang

mekap nikah nadira 070315 subang height


request very light makeup

mekap bertandang yana 070315 rawang